Khamis, 23 Jun 2011

Cheese Cake

Cak....

1st time buat cheese cake... mcm xprcaya ajer ain buat cis kek ne hehe.... ain makan keesokkan harinya... ain makan sepotong, hubby makan sepotong, anak2 ain xmo xsedap katanya... past tu ain potong2 bagi kat jiran ku kak citi (dia selalu jdi juri hehe) & lebih ain bwk opis.... Resepi ne ain mintak kat member yg duduk kt DOHA QATAR sinunnn.... Kak Cha namanya... Thank You Very Much kakak ku... nanti kita share resepi lagi yer....





Bahan2 lapisan bawah:

200gm biskut digestif yang dihancurkan

100gm butter cair



cara:
Gaul biskut dengan butter cair hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang spring foam... tekan dan padat-padatkan biskut tadi. Masukkan ke dalam peti ais selama 10 minit.


Bahan2 cis:

250gm cream cheese

200cc/ml fresh cream

2 sudu besar jus lemon

3 sudu besar tepung gandum

2 biji telur

90g gula



cara:

Panaskan oven 170C. Sapukan loyang dgn butter (aku letak tin grease)

Masukkan semua bahan2 ke dalam mixer. Mix sampai jadi bertanduk....

Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit @ sehingga masak.

Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.